Thursday, November 6, 2008

Kebebasan Bersuara

Indonesia negara yang telah lama mengamalkan kebebasan media dan rakyatnya untuk bersuara, semenjak pentadbiran Gusdur lagi, apakah perlu dinegara kita untuk kebebasan media atau sesiapa jua untuk bersuara, pada pandangan kasarnya kebebasan bersuara mungkin boleh membantu rakyat yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran pemimpin. Mungkin juga akan membantu untuk membetulkan kesilapan orang lain, mungkin ada banyak lagi kebaikan yang aku tak listkan. Tapi jika dilihat daripada pandangan negatif pula kebebasan ini akan boleh menggugat keselamatan negara. Sekiranya dinegara ini dibenarkan untuk sesiapa pun bercerita tentang apa jua dan ini mungkin memberikan satu kebebasan yang duluar batasan. Apa yang ditakutkan ialah negara kita ini adalah negara yang berbilang kaum, mungkin ada setengah yang tidak berapa normal pemikiran merela yang akan bercerita tentang isu agama atau isu-isu yang boleh melibatkan kaum lain tidak berpuas hati. Mungkin negara kita boleh dibenarkan untuk kebebasan ini tetapi haruslah dibendung supaya tidak berlaku pekara yang diingini. Sekiranya tanpa kebebasan ini rakyat akan semakin tertindas dengan sati tindakan undang-undang yang tidak sepatutnya. Sekiranya anda semua ada cadangan yang lebih bagus yang boleh kita bincangkan.

Dalam keadaan yang diperlukan yang sebigini kita perlukan kedewasaan untuk berbicara, karna tiada apa yang lebih puitis daripada berbicara tentang kebenaran. Kebanyakannya hanya mahu bersuara tentang keadaan isi perut mereka selain bersuara untuk kebebasan orang lain. Ada ramai generasi muda yang ingin meluahkan rasa mereka, tetapi mungkin oleh kerana disebabkan kekangan ini generasi muda hanya berani bersuara melalui satu jalan yang dianggap salah. Adakah dengan ramainya tukang protes dinegara ini akan menjadikan negara ini musnah. Dengan sederhana aku katakan mungkin kita perlukan perubahan untuk menjadikan hidup kita lebih baik. Kebanyakan orang berfikir sekiranya kita dilahirkan sebagai sebuah kotak jadi kita harus menjadi kotak seumur hidup, tidakkah mahu untuk mencuba berubah menjadi sesuatu yang lain. Jika kita ingin terbang bebas kita mesti belajar untuk terbang. Jangan berjalan diatas nasib.

Ada Apa Dengan Merdeka

Merdeka merupakan hari yang harus dihayati oleh semua penduduk malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, sekiranya pada tanggal 31/08/1957 Tunku Abdul Rahman pernah melaungkan perkataan merdeka dengan penuh semangat dan kesyukuran dihati, begitu juga sambutannya disegenap pelusuk bandar dan kampung dinegara ini, namun itu dulu. Beratikah perjuangan mereka dahulu, perjungan menghalau penjajah dengan harapan orang kita dapat mentadbir negara ini dengan aman dengan hasil usaha sendiri. Sekarang zaman dah maju sama macam iklan tv tu, semua dah berubah, ada adakah masih ada lagi semangat itu disetiap hati anak negara ini, negara yang telah di katakan merdeka ini. Sekarang kalau dilihat setadium merdeka bukan lagi menjadi tempat untuk menyambut kemerdekaan, tapi menjadi tempat jemputan artis negara luar.. dengan bangganya juga anak negara kita membanggakan mereka. Memang tidak ada salahnya membagakan mereka tetapi kenapa di setadium yang dulu merupakan menjadi tempat yang amat bermakna. Kalau takut kan setadium tu menjadi usang dan tidak digunakan kenapa tidak dibuat aktiviti yang lain. Mungkin ada aktiviti lain tapi aku jer tak tahu kot...

Adakah merdeka itu memang perlu untuk kita? untuk apa? benar-benar ikhlas kah perjungan orang-orang malam dahulu menentang penjajah, sampai sanggup bergadai nyawa, adakah mereka berjuang hanya untuk anak isteri atau untuk kampung yang takut tergadai atas kesilapan raja-raja dahulu. Berbaloi ker perjuangan mereka dahulu kalau kita lihat keadaan kita sekarang, ada lagi ker pembesar kita sekarang yang kahu berjuang untuk negara atau anak isteri atau orang bawahan mereka, atau perjungan mereka hanya untuk menanbah saiz poket mereka. Minda kita harus merdeka, bukan hanya tidak dijajah kita telah merdeka, mungkin juga kita telah dijajah oleh orang kita sendiri.

Wednesday, November 5, 2008

Hari Pertama

Tengok title pun dah macam sedap jer, "Hari Pertama", hari pertama ni maknanya banyak, dalam buat semua benda mesti lah kita mulakan dengan hri pertama, yelah takkan pulak baru start dah sampai hari ketiga atau empat, macam pelik pulak kan. Sebenarnya hari pertama ni tajuknya coz aku tak ada topik apa nak cakap.. heheh.. so hari pertama lah kan.. esok dah ada topik nak cakap baru lah aku tulis tajuk lain.. sambil menaip ni aku tengah makan muffin dari starbucks ni.. nama muffin ni "nuts about chocolate muffin" nama muffin ni pun dah macam gila.. rasanya pun pergh manis nak mampos.. kalau makan hari-hari boleh dapat diabetis kot.. kalau nak dibandingkan dengan harga memang boleh dapat nasik lemak ayam jugak lah.. tapi nasib baik kawan aku chung ni belanja so aku tak heran lah.. hehehe...

Bila kita bercerita pasal mulut manusia ni memang banyak ragam dan macam-macam saiz, ada yang kecik molek bak limau nipis, tapi bila aku tengok limau nipis tu tak ada pulak bentuk macam mulut orang, ada yang lebar, ada jugak tebal macam tayar lori(minta maaf kepada semua, bukan maksud mengutuk), tapi apa pun bentuk dan saiz mulut kita yang penting kita harus bersyukur dan selalu berbangga dengan ciptaan tuhan. kita tidak ada hak untuk mengatakan ciptaan tuhan itu gagal, itu semua adalah anugerah..

Apa yang kita boleh buat dengan mulut kita? ni soalan yang aku tanya sendiri... mulut memang banyak kegunaan dalam kehidupan seharian.. boleh berniaga, boleh bekerja, boleh buat jahat, boleh buat baik.. buat itu.. buat ini.. memang tak boleh dikira dengan jari banyaknya tapi kalau dikira dengan mulut dan kalkulator mungkin boleh... bersyukurlah kita kerana mempunyi mulut dan boleh menggunakannya..

Manusia ni mempunyai seribu macam cerita tentang segala-galanya daripada hal yang kecik sampai lah yang ke sebesar tangki air rumah aku. itupun bergantung kepada minat mereka, ada yang suka bercerita tentang gossip artis, pasal politik tak kira lah di mana pun. semua pendapat dan pemikiran berbeza.

Pada dasarnya apa yang aku cuba ketengahkan adalah sifat dan pemikiran manusia yang datang dari kepala dan turun kepada mulut untuk disampaikan. setiap topik yang aku cuba ceritakan itu hanyalah pendapat aku, dan pembaca ada hak sepenuhnya untuk tidak bersetuju.. kalau ada yang setuju tu ok lah.. hehehe.. minta maflah sekiranya ada unsur penyindiran dan pendapat yang tidak betul.